Tuesday, January 18, 2011

remind I

KENAPA ALLAH LARANG IKHTILAT?

Okeh ringan hati hari ini.jadi saya nak bercerita.harap semua dapat “mendengar” secara khusyuk.neh kalau ummi yang dah mula bebel neh memang akan panjang lah.tapi saya usaha ringkaskan menjadi bait-bait yang pendek.mungkin dalam bentuk puisi atau sajak.CEH.macam ucapan aluan dari pengerusi majlis pulak dah.KAH KAH.tayah gelak ah.

Soalan satu.
-ummi, apakah dibolehkan berSMS,TELEFON  diantara lelaki perempuan yang bukan saja “rakyat biasa” tapi juga para “agamawan muda” padahal sesetengahnya tahu bahawa hukumnya TAKBOLEH.apa pendapat ummi?”-seru pembaca kepadaku.

Baiklah.saya suka ambil perkara PALING RINGAN.bukan maksudnya saya remehkan HUKUM HAKAM.saya tak berani lakukan itu.TAPI, saya suka begini.

-MENIMBANG.
Emak saya ajar.
“ummi, buat lah apa saja…tapi pastikan diakhir tindakan nanti WAJIB ditimbang atas nama agama”

Phew.emak aku hebak wei.emak kau?wakaka.

Maka dari sinilah, saya belajar MENIMBANG semua perkara sama ada baik kah buruk kah.alhamdulillah.

Menimbang yang bagaimana?
Dengan cara BERFIKIR LUAS-LUAS.
Luas yang bagaimana?
Kita ibaratkan akal itu seperti bumi.
Manakala hati pula adalah langit.
Kebanyakkan orang hari ini mengagungkan BUMI sampai lupa berkirim salam sama LANGIT disana.see?faham tak analogi aku neh?haha.
Kau fikir guna akal melulu.
Tapi jarang menapisnya dari hati.
Orang cakap “ikut hati mati”.memanglah.sebab kau belum saring di akal terlebih dahulu.
Kenapa saya kata perlu tapis hati?sebab hati ada perasaan kemanusiaan.dihati letaknya kasih sayang dan cinta.dihati letaknya kepatuhan, ketaatan.

Kau berani pangkah?aku tumbuk muka kau nanti.HAHA.
Memang betul pon kan?ada orang jatuh cinta mula dari AKAL?merasa dari AKAL?wakakaka.semestinya dari mana murid-murid?yah yah dari HATI engkau.

Akal mengenal benda ZOHIR.
Dan hati menganalisis benda BATIN.

Apakah benda ZOHIR?
Engkau lah manusia.isi-isi bumi.senang cerita MATERIAL  ALAM yang mampu dibaca oleh deria MATA engkau.
Apakah  benda BATIN?
Kekuatan, semangat, cinta, kesakitan, kederitaan, keagungan,kebenciaan dan kebahagian.
Kenapa?sebab semua daripada itu tidak MAMPU dijelaskan oleh MATA MANUSIA.siapa boleh baca?
Kehadiran PERASAAN.nahhh dari mana itu?HATI LAH WEI.
Baik.saya sengaja perpanjangkan hal ini sebab ia berkait rapat sama soalan yang tersebut.aku nak mengajak kau BERFIKIR bukan saja guna akal tapi angkut sekali HATI kau tuh.mari, kau kopek SEMUA pancaindera engkau.semua Allah bagi bukan SIA-SIA.semuanya saling BERKERJASAMA menjadikan kau manusia BERGUNA atau SAMPAH.jadi, kau mesti pandai GUNA segalanya.kau faham kah neh?yaaaaah ummi kami faham. Teruskan ustazah ummi yang comel jelita.

Wakakak.
Jadi begini.
Mengikut hokum,kenapa HARAM bergaul bebas antara laki-laki dan perempuan?
Saya jawab, kerana ditengah-tengah ada NAFSU.
Allah bagi nafsu untuk MERANGSANG manusia.
Dan engkau mesti MAHIR mengolah dan memanfaatinya.
Sama ada MERANGSANG dijalan kebaikan ataupon kejahatan.
Kau ingat kalau TAKDA nafsu, kau ada keinginan untuk MAKAN?KAHWIN?MEMBANTING TULANG?
Begitulah ada pon hubungan diantara LELAKI dan PEREMPUAN.
Allah sengaja letak NAFSU ditengah-tengahnya supaya manusia dapat membiak sampai sekarang.

Berbalik kepada hal SMS dan TELEFON atau CINTA sebelum kahwin senang cerita.
Kalau ditanya saya, saya akan jawab.
TAKDA MASALAH LANGSUNG.finelah.kau nak bercinta sebelum nikah pon.nak sms berapa juta banyak kali pon dengan ajnabi.atau nak bergayut siang malam.atau lagi berjumpaan tiap waktu.sangat takda masalah pada aku.

Tapi.
Mari kita ke acara MENIMBANG disini.membuat PERHITUNGAN sama akal dan hati masing-masing.
Sebelum bertindak,cuba berdialog sama “mereka ini”.
Sebelum itu lagi saya nak KUPAS kenapa Allah menturunkan  perintah TAKBOLEH ada PERGAULAN BEBAS (maksudnya berkerdip mata, berbual gedik sama-sama).kena fikir  teliti, kena ungkap SOALAN.kenapa kenapa Allah meletak hokum begini?adakah sememang ingin MENYEKAT manusia?sengaja MENYEKSA manusia?atau bagaimana.yah yah mari bermonolog dengan Allah.

Tidak kawang-kawangku sekalian.
Allah meletak HUKUM dan PERINTAH bukan macam manusia yang mengisi undang-undang berlandaskan urusan KEPENTINGAN DIRI.Allah takpernah dan takkan BERHAJAT atas apa-apapon!

Surah tak ingat.tapi ada menyatakan.
“segala yang dilangit dan dibumi ini kepunyaan Allah!”
Demikianlah.
Tiadalah tujuan lain hanya semata-mata kerna MAHU MENJAGA engkau-engkau semua.
Sebab Allah maha mengetahui tahap-tahap manusia.semuanya memang berkadar LEMAH belaka.
Siapa mengaku KUAT disini?meh aku lempar kau dalam kawah api.mahu?HEH.takpon aku TAMPAR kau guna cemeti berapi.kalau DIAM tak cakap apa.okeh kau KUAT.HAHA.

Okeh merepek.
Makanya.
Kena semak “KEKUATAN” rohani masing-masing.
Celup dalam akal dan hembus dalam hati.
Sekali lagi aku takda masalah kau nak bercinta sakan, bersms banyak, gayut sampai pengsan KALAU KAU MAMPU JAGA PERASAAN KAU dari  MENGGEDIK bersama-samanya.
Aku cakap.didalam cinta itu SANGAT PENUH KENAFSUAN YANG BERGELORA!
Tipu! Cakap cinta dia bukan sebab NAFSU.sumpah TIPU.jangan biarkan engkau dibodohkan.
Isi cinta sebenarnya adalah NAFSU SERAKAH.tidaklah seorang lelaki itu menyanggupi mahar dan hantaran wanita jika bukan kerana ingin MELEMPIASKAN nafsunya.yang menjadi perbezaan disini adalah TIMBANGAN AGAMA itu tadi.sejauh mana engkau “mengawal” kenafsuan ini.

Cinta manusia itu nafsu.
Cinta kepada Allah juga mesti ada “NAFSU”
Sebab macam aku cakap.NAFSU ini peranannya MERANGSANG.
Semacam tolakan kuat atas sesuatu perbuatan.
Dengan adanya nafsu, engkau akan lebih GIGIH BERUSAHA.SANGGUP BERKORBAN MASA KERINGAT.
Percaya?

Jadi sebenarnya, huraianya PENDEK saja.
Timbanglah hatimu.
Kuat atau tidak?mencegah nafsu ini membelit semua rongga anggota engkau?
Itu aku cakap, kalau kuat.kau bakar diri sekarang.kalau tak RENTUNG.okeh pergilah bercinta sana.
Tapi aku percaya, tiada yang KUAT pon menghadapinya.

Dan eh?
Kau tak bosan SMS, TELEFON benda yang sama setiap hari?HAHA.
Bosan weiii.kelaknya engkau akan hilang KEMANISAN cinta itu sendiri bila tiba waktu berumahtangga.
KEMANISAN inilah yang sebenarnya Allah nak bagi pada engkau.sebab itu Dia letak hokum begini.

Faham?
Okeh bye.nak pergi sekolah.harap terhibur.

No comments: