Friday, October 28, 2011

NOTE!

Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
fs_loveislam@ yahoo.com

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,
pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis
hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?
Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah
yang mengotorinya.
Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang
mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang
membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang
atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih
jalan halal lagi diberkati ini. Niat suci tersebut boleh mengundang limpahan
keberkatan dari sisi-Nya. Niat yang bersih berperanan mengawal haluan cinta agar
terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa
yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas
berumah-tangga. Ingat tu!
Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,
Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh
syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana
nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah
(bertunang) dan saling setia pada janji syara’ yang di bina. Awas! Hindari
segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.
Bagi gadis suci yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih
mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Ingat, urusan jodoh bukan ditentukan oleh lelaki, ibubapa atau sesiapa, tetapi
ianya urusan Allah s.w.t. Dah sedia termaktub di loh mahfuz. Berkait usaha, anda
juga boleh memulakannya jika punyai keberanian yang tinggi. Manusia hanya mampu
berusaha tapi tak berdaya menentukan apa-apa tanpa izin-Nya. Oleh itu, jangan
risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu
buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia
nun di syurga.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu
jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan
ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi
berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas taqwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah
sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar
cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam
lautan cinta.
Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera
berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah
bertemu calonnya. Syabab selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada
bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak
mereka. Betul kan ya syabab?
Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari sifat bertanggung- jawab. Ia juga lahir
dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika
seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup
sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan
syabab takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup
dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan
ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.
Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita
berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan
kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32). Nah, Allah telahpun memberi
jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?
Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari
al-Qurtubhi:
“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah
kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,
padahal Allah telah menjaminnya.”
Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah
riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat
mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).
Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca
firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala
materialisme dalam hati dan fikiran.
Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah
dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya.
Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.
Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun
sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja
sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan
semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan
mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh
dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan
keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang
paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka
laksanakanlah khitbah (pertunangan) . Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada
pelbagai cara sebagaimana dicontohkan dalam sirah antaranya,
1) Khitbah melalui keluarga si gadis
2) Khitbah dengan menyampaikan secara langsung kepada si gadis bukan walinya
3) Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabat atau
dirinya sendiri.
4) Khitbah secara sindiran semasa iddah.
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak
terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya
amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan
yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a.
menjelaskan,
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan
kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad). Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi
wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah
pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada
Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
berpuasalah.” (HR Bukhori).

Thursday, October 27, 2011

istikharah

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharahdan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .

DOA

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

life must GO on~

a door has been closed.
i need to knock another in front.
there is too much there.
i have to choose one.
some is just for once.
step by step, i have to make it.
no matter doubting is mine.


LIFE is all about choices.
anything it is , we still have to choose.

life is unpredicted.
life is unexpected.
that is why i just go with the flow.
i just walk with the time.
i just face with my best try.


this is my time. to make a big change of mine. subhanallah, help me ya RABB. wherever YOU put me, please let me in YOUR path.

:S

Friday, September 16, 2011

assalamualiakum (:

adoi. dah berhabuk sangat blog ni x update. sampai malu rasanya nak jenguk ke sini. hukk.

xpelah. ni kan belog mira. suka hati sy lah nak update bila kan. wahh takabbur je bunyi. emm xlah. sebenarnya mira dah beli broadband. tu yg baru rasa freely nak bebel ni. alhamdulillah. mekaseh ale, teman mira beli berok ni (:

hari ini,16th september. alhamdulillah, umur mira sudah 22tahun 2 hari. sanagt berterima kasih utk mereka3 yg wish birthday mira. i'm so lucky for having them! :)

emm macam xtahu nak cerita apa, sebab dah lama sgt x bebel kat sini kot. sobbs

mira rindu surau k6. mira rindu kawan3 kolej. mira rindu dakurasaishumie. mira rindu cupija. mira rindu nak buat3 busy kat kolej. mira rindu nak stay up malam wat assignment + nescafe. RINDU. T__T,


SELAMAT HARI RAYA meera! maafkan lah semua salah silap org pada kau ye. maafkan lah dengan sebenar2 maaf, agar kau lebih tenang. insyaallah (:







** cik uji tanya, apa azam umur baru? ciknuk tanya, bila nak ada pakwe?  mak cakap, siannye anak mak klu  kerja kat kilang.   -.-"

Tuesday, April 5, 2011

do remember.

hati terasa sayu je. xtahu perlu diluah pada siapa. dan apa. dan bagaimana. agar segalanya baik-baik saja.
xtahu.


semalam jamuan blok. . . . .  . . . .alhamdilillah selesai.





hai semangat! sila lah hadir teman mira ni ha! mira sudah makin xbermaya nak habiskan langkah hidup di sini. haih~









SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT! (nada intan~) ^.^

Walking along the road that full with snow, make it very difficult and will cost you a lot of time to reach your destiny. That destiny, you can’t really make sure that it is there, either it is exist or not. Sometimes, you may wonder will your hardship during the journey will be worth it? Will you be satisfied if you reach it and get it. No one can tell you that unless you try. However, don’t put too much hope. It will be such a heart attack if you put too much hope. But, others always say, “work hard for it”, “strive more”, “be confidence”, “you will get it if you work for it” really huh? I don’t think so. It just simple as ABC, why? I think you should know it by now. If Allah had created you and set you to be “A”, but you strive so hard to be “B”, you would get nothing. Seriously! Man! That’s why i said, don’t put too much hope on something. You will never know which is the best for you except ALLAH. Maybe you lose your hope in yourself, but remember! Never ever, lose hope to ALLAH. You may become jealous if you saw your friend still get what he want even he did not pray to Allah, do sins but REMEMBER, Allah gave him success to test him and Allah give failure to test you Iman. Allah know better than you know. InsyaAllah, one day we will get what we want maybe not this side but the other side. :)

; from here

Sunday, April 3, 2011

do remember.


kelmarin saya balik rumah. balik kampung. 1st april- abg yus meninggal. innalillahi wa inna ilaihiroji'un.. abgyus umurnya baru 39thn. meninggalkan isteri n 3 org anak yg masih kecik3. dia pergi tanpa sakit. mengejut. subhanallah. betapa  nyawa itu memang milik ALLAH. betapa umur n kesihatan bukanlah jarak pengukur saat kematian. mula berfikir. saat mira nanti macamana ye? sempat ke mira merasa nikmat tua? sempat ke mira merasa nikmat berkeluarga? sempat ke mira merasa nikmat bekerja? ya KHALIQ, apa pun penghujung hidup mira nanti, mohon moga mira diberi peluang merasa nikmat khusnul khatimah. kematian dlm kebaikan. moga apa pun penghujung nyawa mira nanti, mira sempat berbakti pada mak abah. amin3 ya RABB. T_T

banyak pengajaran dari 1st april itu. melihat jenazah abgyus depan mata, melihat situasi kehilangan org tersayang. sayu. sedih. sejujurnya saya xde lah rapat sangat dengan abgyus. cuma. dia tetap pernah buat mira tersenyum ketawa, waktu kecilnya mira. ya. abgyus pernah mengusap kepala ini. abgyus pernah mengusik budak comot ini. abgyus.. badannya besar, agak pendiam. xlekang dari senyuman. moga roh abgyus tenang dan dirahmatiNYA di sana. melihat insan3 kesayangan abgyus menangis teresak3, membuat mata sy turut berkolam airmata. sayunya~
subhanallah. baru tersedar. dalam hidup mira, mira jarang rasa kehilangan org tersayang. akhir kehilangan, waktu umur 11tahun. nenek pergi mengadap Ilahi. lepas tu, xde. alhamdulillah ya RAHMAN. Kau masih beri peluang mira bahagia dengan insan3 tersayang. alhamdulillah ya RAHIM. Kau masih pinjam kan mira, mereka yg mira sayang. Kau masih pelihara kesejahteraan insan3 kesayangan mira. ALHAMDULILLAH [':

kemudian, sempat saya saksi kan  kaum3 adam yg hadir, menunaikan solat jenazah. baru perasan. "ehh kenapa xde rukuk n sujud?" subhanallah. mira xpernah tingok solat jenazah betul3 rupanya. jahilnya mira. perlu google solat jenazah tu ya mira! jgn jadikan jahil itu satu alasan utk kau xtahu apa3, ok!


***********************************************************************************



kisah 29th Mac-

 kisah mira dengan viva. ohh sangat lah tragis. kesimpulan, mira gagal. ntahlah ya RABB. Engkau lebih mengetahui segalanya. saat3 akhir, mira byk tertidur. dari rancangan nk stay up mlm, xmenjadi. akibatnya kerja tertangguh. dan esoknya nak stay up lg. tertidur lagi. dan terus kerja mengedit slide tertangguh lagi. n in last day, tertidurrr lagi. n selepas itu, tiada lagi istilah tertangguh. the day was coming. by hook or by crook, mira kena face juga. natijahnya, slide mira xsempurna. tiada slide tajuk. tiada conclusion. n mira xsempat baca pun XRD notes yg mira pinjam kat syu. means mira nyer points about XRD mmg zero masa tu. jawab apa yg terlintas je. subhanallah. terasa kerdil n bertubi3 jantung ni kena panah ngan panels, aspecially dr.lim. masyaALLAH. masa tu mmg tawakkal amat bulat pada ALLAH. malu. malu dengan dr.jumiah. malu dgn leow n miss wong. malu dgn kawan3. malu dgn diri mira sendiri. setelah hampir sebulan berulang-alik lab, bersengkang perut, ini je yg kau boleh buat mira?? huh useless nye kau!

usai presentation, nangis. silently tears dropped dan-dan tu jugak. haha mira memang camni kan. balik bilik, nangis lagi sampai tido. haha. to be honest, waktu tu macam3 rasukan ada dalam kepala. minda mula mencari3 salah siapa. mula menuding pada dia dia n dia. astaghfirullah. istighfar3! terus, mira decide nak balik umah kakyan. yeah. saya mau tenang di sana. betul. keluarga lah insan yg paling memahami izzatil ameerah ni. biarpun kadang3 mereka xpaham, tapi hati tetap rasa tenang bila bsama mereka. alhamdulillah.  

bila hati sudah stabil, mula muhasabah diri. rupanya betapa mira sudah lama x di uji yg tiba3 sebegini.
dan betapa diri ini lemah menghadapi ujian sekecil itu. terus, segala kelemahan, kesilapan n kekacauan itu seharusnya dituding pada diri mira sendiri. dan segala yg berlaku adalah dgn kehendakNYA. cuba positif diri. alhamdulillah. yakin tiada apa yg berlaku dgn sia-sia. ALLAH ada! :')


next assignment;    lab adv, lab aloi, journal, thesis. alhamdulillah. tenang lah mira. sabar (:

Tata!



*** susah utk puaskan hati semua org kan. susah. biarlah. mira xmampu kawal keadaan seiring yg mira mahu. redha. what will be, will be. yakin ALLAH stays. mira tetap ada ALLAH kan! chaiyokk! ***

Wednesday, March 30, 2011

Jika dengan kehilangan membuat saya semakin dekat denganNya saya ikhlas, Insya Allah
Jika dengan tidak bisa memiliki apa yang saya inginkan membuat saya kembali padaNya saya ikhlas, Insya Allah
Jika dengan tangis membuat saya datang padaNya saya ikhlas, Insya Allah
Jika semua itu membuat saya berlari mencariNya, sungguh saya akan lebih bahagia daripada mendapat kesenangan sesaat yang membuat saya lalai kepadaNya walau hanya sekedar mengingatNya
Jika dengan apa-apa yang mengandung kesedihan di mata kita manusia bisa membuat saya lebih berarti di Mata Allah saya akan ikhlas menjalaninya Insya Allah, semua untuk mendapatkan RedhaNya dan saya bisa naik kelas di SekolahNya

Sungguh...
Tidak ingin saya menjadi orang yang merugi, tidak ingin dengan kehilangan, tidak bisa memiliki, tangis dan segala pernak pernik kesedihan membuat saya semakin jauh dariNya. Tidak ingin semua itu membuat saya lupa akan diriNya bahkan sampai membuat saya marah padaNya, Tidak..Tidak ingin sama sekali
Semoga saya mampu memetik hikmah di setiap rasa yang Allah berikan kepada saya,
Amin Ya Rabb...

redha.ikhlas.sabar

Saturday, March 26, 2011

hari ni ana tidur bilik. alhamdulillah. byk yg kami bualkan. alhamdulillah. terimakaseh ana. selalu ingatkan akk. dalam perbualannya ada teguran. dalam kata2nya ada peringatan. dalam guraunya ada kebenaran. hebat adik akk ni. :']

  • JANGAN lewat3kan solat.
  • JANGAN tinggalkan solat.
  • JANGAN berasa selesa apabila ada disekeliling kita yg xsolat (tanpa uzur). menjadi sebahagian tanggungjawab untuk ingatkan mereka tunaikan solat.
  • solat itu penting. DOSA besar selepas syirik adalah MENINGGALKAN SOLAT.
  • apa yg membezakan seorang muslim dgn musyrik, adalah solat.
  • apa yg  membezakan seorang mukmin dgn munafik, adalah solat isya' dan subuh nya.
  • sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. walau seberat apa pun ujianNYA, YAKIN lah DIA takkan pernah menzalimi hamba2NYA. tiada sesuatu yg terjadi dengan sia-sia. DIA maha penyayang. terlalu penyayang. DIA sentiasa ada. tetap ada.
  • yang wajib, sempurnakan lah. yang sunat, perbanyakkan lah. yang harus, berpada-pada lah. yang makruh, tinggalkan lah. yang haram, jauhi lah!

alhamdulillah. amanah3 duniawi bertimpa3 lately. segala kekalutan ini sebab kelemahan meera sendiri. i admit. i regret. ampun ya GHAFFAR.

Monday, March 21, 2011

a s s a l a m u a la i k u m

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
test aloi dah lepas.
alhamdulillah.
harap3 kali ni dapat improve.
ya RABB, tolong meera.

ini kerja yang kau kena buat ye meera.

  • fyp ViVA  -graph. analyze. typing
  • lab aloi
  • lab adV  -report. presentation
  • poster surau

alhamdulillah. meera is still breathing. ya meera sudah sembuh! (:

tata!

Thursday, February 24, 2011










" Uncomfort Zone ! "






















~ya ALLAH. meera cuma ada KAU. guide me :'(

Saturday, February 19, 2011

dari USTAZ ke ANA

USTAZ
  • perlu ke samak kereta yg terlanggar khinzir. samak camna?
      • xperlu. sebab kereta tu bukan diri kita. n bukan diguna bawa solat. tp if still waswas, better samak pd tempat yg terkena itu. 6baldi airmutlak + 1 air tanah.
  • couple dgn nonmuslim, x boley kawen selagi si dia x masuk islam. dan utk mengislam kan dia, perlu dibimbing oleh org yg beilmu agama. pastikan dia bukan masuk islam disebabkan cinta sematamata. beri dia masa mendalami agama islam selama beberapa tahun. hingga dia benar2 jatuhcinta pada islam, bukan atas dasar perkahwinan.
  • ashabul kahfi:
      • pada zaman ashabulkahfi, raja nya sangat mewah3 sangat3. hingga digambarkan setiap pagi burung3 di istana akan dicelupkan ke mangkuk yg berisi minyakwangi, kemudian burung3 itu akan berterbangan sambil memercikkan minyak wangi tersebut ke seluruh pelosok istana. kemewahan raja ini hingga ke tahap raja ini mengaku tuhan, dan menyuruh para pembesar dan rakyat menyembahnya. ada 6 org pemuda (anak para pembesar) enggan menyembah raja tersebut. lalu mereka diburu. lalu mereka menyorok di gua, dan tertidur. pemuda2 ni bukan lah kenal antara satu sama lain pun. mereka saling mengenali bila jumpa di gua tersebut. dengan izin ALLAH, mereka ditidurkan selama 300 tahun lebih (x ingat the total num). apabila bangun, mereka sangka mereka hanya tertidur 2, 3 hari shaja. lalu mereka keluar dari gua untuk membeli makanan. mereka dapat tahu yg mereka adalah generasi 300tahun dahulu, apabila org melihat duit yg mereka guna kan sebab dah xlaku duit tu. dan bila dikaji sejarah pd waktu itu, memang ada peristiwa beberapa org hilang. wallahualam 
  • saf makmum wanita boleh sebaris dengan kanak2 perempua, manakala makmum kanak2 lelaki perlu dibelakang saf lelaki dewasa; sebab belum berkhatan.
  • penambahan/pengurangan rakaat secara xsengaja, dalam solat, perlu buat sujud sahwi.
  • manusia melalui 6 alam; alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur, alam barzakh, alam akhirat (syurga/neraka)


ANA:

  • kisah zainab, isteri nabi s.a.w :
    • seorang janda yg dilamar nabi s.a.w selepas kematian suaminya yg mati syahid. seorang yg sangan pemurah, dermawan, berjiwa patriotik, penuh kasihsayang. kebaikan akhlaknya terkenal sejak zaman dia jahiliyah. akhlaknya bertambah indah apabila diberi hidayah iman dan islam.
  • tentang TAQWA. 
    • sudah cukup bertaqwa kah kita? sudah layak digelar muttaqin kah kita? sudah cukup kah kita pelihara hukum3 ALLAH? ; dosa, pahala, halal, haram. muhasabah diri..
    • seorang almuttaqin itu kuat rohaniah dan lahiriahnya. menjaga hubungan baik sesama manusia, menjaga hubungan baik dengan ALLAH, cemerlang dengan ilmu ilmu duniawi dan ukhrawi.
    • taqwa itu ibarat melalui jalan yg penuh berduri. perlu sentiasa berhatihati. camtu la juge dengan hidup kita sebagai islam.
    • peliharalah ALLAH. nescaya ALLAH akan berada di hadapanmu. (sebahagian kata2 dari tokoh islam. my weakness. saya terlupa dari siap n kata2 seterusnya)
    • in a way of TAQWA;
      • tuntut ilmu (dunia&agama) -->beramal dgn ilmu --> mujahadah, istiqamah dgn amal. -->berdoa, tawakkal --> taubat, buat kebaikan --> x berlebihan dgn yg halal.
      • istiqamah; biar sedikit, tetap berterusan. 
      • keterlaluan dengan yg halal akan mengundang kelalaian.
      • yakin dengan janji ALLAH.








p/s: ni some input yg dapat malam ni. alhamdulillah. noted here to be remembered, ya meera. nak tido. take care. tata !

Thursday, February 17, 2011

wasiat Saidina Ali r.a

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. 
Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. 
Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. 
aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”
Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. 

Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. 
Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. 
Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. 
Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. 
Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. 
Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. 
Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. 
Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. 
Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. 
Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. 
Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. 

Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: 

“Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”
Jagalah solat. Jagalah solat. 
Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. 
Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. 
Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. 
Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. J
ika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.
Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. 
Jauhi dari khianat dan berpecah belah. 
Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. 
Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. 
Bertakwalah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. 
Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. 
Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.


Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:
“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)



p/s: meera, anggap lah ini surat wasiat untuk kau. NOTED (:

by prof. muhayya (:

bila jumpa org;
"lihat kebaikan n kelebihan org. hargai n hormati org. JANGAN kritik org"


"percakapan melambangkan pemikiran dan emosi seseorang. percakapan dapat melambangkan siapa seseorang itu di masa hadapan"


"jaga hubungan dengan manusia. jaga hubungan dengan ALLAH"


"manusia lebih laparkan penghargaan daripada makanan"


"jika kelebihan kita seluas lautan, lebarkan sayap kita menunduk ke bumi."


"gunakan kelebihan kita untuk manfaat org lain"


"yakin dengan ALLAH"


"syukur"


pilihan: "sabar atau nafsu. syurga atau neraka. taat atau maksiat. redha ALLAH atau murkaNYA." 


dia. 
mencintai kita sebelum kita ada melihat dunia. 
dia. 
mencintai dgn x melihat. 
mencintai tanpa mengenali. 
mencintai hingga saat mati. 
dia
RASULULLAH s.a.w






p/s: ni some input yg dapat listed down from prof muhayya's talk. do remember meera. (:




gudluck tomorrow!

Wednesday, February 16, 2011

ya RABB...


dia yg meera kenal, anak yg baik. sahabat yg baik. pelajar yg baik. hamba yg baik.




ya RABB,










meera sangat rindu dia 











-pray-









(>_<,)

Monday, February 14, 2011

penat. best. geram. kabot.

minggu yg sangat cacamarba. till now ada yg xsettle lagi :[
  • isnin; abes cuti cNy.
      • mak abah datang kl. esok abah ada appointment putrajaya. after clas aloi, balik umah kakyan. 
  • selasa; 
      • ikut hantar abah g hospital. ;bukan sajasaja ikut taw. klu kakyan yg handle sorang memang kesian. ramai org, queue panjang. cariparking lagi. sebab tu kena ikot.
      • then g bank.
      • maghrib, balik kolej. g surau sampai dekat kul 10 gak.
      • 12am; start buat lab adv! started from zero- tak tido till 8am 
  • rabu;
      • 8am; aloi. terus lab advance till 12.30pm.
      • petang arab .5.00-6.30pm. alhamdulillah. dah makin adapted. buat takmalu je tegur3 orang. -.-"
      • lepas arab, balik umah kakyan.
      • mak abah n kakyan ajak g umah kaklong. - tido seremban
  • khamis;
      • 12pm; rushed from seremban to upm, singgah usim jemput abgjid.
      • lab aloi xsentuh apa apa. alhamdulillah dah byk buat masa cuti.; xsempat dan xde mood utk last touched-up
      • kuncibilek tertinggal.
  • jumaat;
      • out with dakurasaishumie❤. beli barang for esoknya! 
      • cat banner 9pm. dakurasaishumie❤  g downtown. xdapat join. :[
      • rupanya catbanner cancel. petang tu keta fara pecah kat klcc. g melawat fara n wawa till 12am.
      • op nak rehearsal for her dinner. tunggu dia siap kerja n rehearsal till 4am.
  • sabtu;
      • ~11am; breakfast with fara ana n opie + cari barangsurau. till ~1.30pm 
      • op xsehat. rest. 3pm; out with op, cari tudungdinner +myhadiah.
      • ~6.30pm; masak3 for party. op xjadi g dinner~
      • lepas maghrib; settle kan publisiti suaru. minta tolong najwa. phew~
      • ❤❤❤dakurasaishumie❤❤❤ sweetmemory!❤❤❤ (': till ~1.30am .
  • ahad 
      • lepassubuh; hantar op&kawan3, anis&wawa.
      • 11am; balik umah kakyan amik kuncibilek.
      • study. TERtido till 5pm. then rushed to umah kak ai.; diorg amik ilman kat airport. alhamdulillah ilman selamat sampai malaysia.
      • do some makanmakan n doaselamat utk ilman.
      • 9pm; balek dari umah kak ai. 
      • ~10 lebey sampai bilek. mandi + study 10minit. ngantok!
      • niat tido jap till 3am. ~ 
  • isnin;
      • 6.30am; baru terjaga! tak study!!! pagipagi sudah nanges. wuu my bad-
      • 8am; test 1 aloi. jawab dengan tawakkal amat3sangat sambil hati menanges. :'S
      • after test; on9!

there i was. saja nak flashback membayangkan my days along this hectic week. sangat fenat. petang ni kena balik lagi umah kakyan. tapi malam ni ada tayangan maulud kat dsp. semalam xdapat g ceramah kat masjid :(






p/s: ❤❤❤dakurasaishumie❤❤❤ speechless! sayang korang (':

Saturday, February 12, 2011

Engkau Memang Cantik (':

Engkau Memang Cantik selagi kau tidak melulu,
Engkau Memang Cantik selagi kau menutup malu,
Engkau Memang Cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau Memang Cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau Memang Cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau Memang Cantik selagi kau waras berhias,
Engkau Memang Cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau Memang Cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau Memang Cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau Memang Cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau Memang Cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau Memang Cantik selagi kau suami tak jemu,
Engkau Memang Cantik selagi kau membaca AlQuran,
Engkau Memang Cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau Memang Cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau Memang Cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau Memang Cantik selagi kau pandai menjahit memasak,
Engkau Memang Cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat,
Engkau Memang Cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau Memang Cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau Memang Cantik selagi kau berkebajikan,
Engkau Memang Cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau Memang Cantik selagi kau seindah Islam,
Engkau Memang Cantik selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup, jalan yang memandu arah tujuan.
Engkau Memang Cantik selagi kautampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman.

....................................










p/s: semua orang dilahirkan cantik. cacatcelanya kita, itu manusia biasa.
perbetulkan apa yg kurang, apa yg salah, apa yg sedar.
kau takpernah sempurna meera. 
v(^,^)v

meera. jaga diri. jaga hati. tata!

Friday, February 11, 2011

Anda Semakin Matang Bila

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  



Ha! cukup matang x meera? xcukup lagi. remember3 ya (: 


Tata. >,<

Wednesday, February 9, 2011

ops! what time now?

hahha.

sekarang 3.41 am. meera xngantuk lagi. maseh segar bersemangat wat report adv. yeah3 -.-

hm ni la akibat arrange masa berteraborrrrr. padanmuka meera yeay3.

huh. bukan sengaja tangguh kerja taw. sebab ada hal3 yg xdapat di elakkan. tapi td lepas isya' igt nak terus buat report. but then dah terbuka lapy, cam sian3 je klu x on9 kan. bila da on9, mmg segala kerja laen dah jd 2nd priority masa tu. huhu that my weakness i admit. lagi pun td ada kawan tgh ada mslh. so die mngadu kat chat. xkan saya xlayan kan. sambilmenyelamminumayer lah. XD


ok now nak sambung report. tinggal discussion n theory. huh gaya cakap cam tinggal sikit kan. tu part yg bejela tu. hadoii


p/s: xpe meera kan da puas tido dulu3. esok lps lab tdo puas3333333 ye.sape lagi nak pujuk saya klu bukan dirisaya sendri kan (:

tata!

no no.

ANA. dan ceritanya (:

tadi sempat borak ngan ana. ana. seorang adik yang baek. baek sangat. lihat dia sangat sempurna. tenang je bila cakap ngan dia. lagi tenang bila berborak ngan dia. sebab. borak ngan dia bukan borak kosong. mesti ada je mesej3 nye. mmg berhikma. bila lah meera nak jadi cam dia kan. T.T
dalam borak3 kami, ada perkara yg saya kna listdown dibawah. ^.^


  • kaum arab jazirah terbahagi kepada 2. arab ba'idah n arab baqiyah. dan ada lagi yg terbahagi tu. ala lupa lah. hadoii. nnt check balik ye meera. @.@
  • menurut cerita ana (die baca dari buku apa ntah), nabi isa adalah bapa kedua manusia. bapa mertama kita nabi adam kan. nabi isa yg kedua. sebab. sebab masa zaman nabi isa  ni yg buat kapal, n masa tu 1 dunia dah ditenggelamkan n hancur. so yg terselamat masa tu cuma org2 dlm kapal nabi isa je. n org2  tu mesti la yg beriman kan ^^. n org3 dlm kapal tu separated ke merata dunia, membiak3 lahirlah kita. gudnews cni, kiranya asal3 nenekmoyangkita asal dr org beriman dlm kapal tu la kan. how lucky we are ^^. sidenews nye, see. betapa org3 beriman leh berubah2 hati n melahirkan generasi yg pelbagai imannya, seperti kita sekarang. noted. iman itu xboley diwarisi. T_T
  • nabi sulaiman dengan kisah balqis. nabi sulaiman ada kelebihan untuk bercakap ngn sume makhluk kat dunia ni. manusia jin haiwan pokok3. sume lah
  • nabi yusuf, anak kpd nabi yaakub, ada abg2 yg jelous ngn die, n bila dah besar sgt hensem! plus kisah bersama zulaikha.
  • nabi musa. kisah di mesir dengan firaun.
  • nabi luth, kaumnya homoseks.


tu antara sirah nabi3 yg sempat kami flashed back selama sapai sejam, literally. ada lagi yg nk di noted kan. nanti refresh3 lagi ngan opie. opie lagi pandai sirah dari saya. saya jahil sgt :'[ 
will be added later ya. tata meera ! 




p/s: rasa ridu nak dengar suara dia jd imamm.

love, myself, much - (:

Tuesday, February 8, 2011

will do. gonna do

  • isnin depan test logamaloii. takeNOTE ya!
  • awal mac nnt plan nk g kedah ramairamai. g umah syu. harap3 menjadi yeay. :D
  • party ngan mereka xtaw ari apa. 
  • MMG daftar last dis week. emm dah xkisah. klu diorg pergi, i follow (:
  • A berkata, "lelaki ni selalu nak PLAYSAVE. hati suka kat lain, tapi layan yg lain. sebab klu org yg die suka xlayan, die ada yg lain." takenote lagi. A tu seorg lelaki juge. man knows man better rite.
  • mak abah datang umah kakyan. esok pagi abah ada appointent hospital.




  • fara datang. bawa kerja yang perlu ditampal. kerja yg patut dgerak oleh unit publisiti. -.-" saya terfikir lagi. macamana ni macamana ni. saya rasa cam dah xtermampu nak galas jawatan ni. sekarang pun saya tkontangkanting lagi. jadual memang nampak free. tapi. ngan fyp xsiapsiap. labadvance.kerja sndwic. pastu asek perhibalek je. ada je urusan xhentihenti. kerja publisiti memang dah dirangka. tapi nak gerakkannya, xtergerak -.-" saya rasa perlu utk serahkan kat wani je. cuma. wuu sayang gak la. sayang ngn jawatan ni. berangan nak publish byk3 pasal surau~ memang saya bukan ketua yg baek kan. T.T
  • mak asek ulang3 cakap pasal susu HR. wuu ye la mak. nanti mira buat. sabarye. haih.

till then. xsehat. tata

Monday, February 7, 2011

copy to be read

“Mengasingkan diri, atau bercampur gaul tanpa batasan, kedua-duanya adalah ekstrim. Islam adalah cara hidup yang seimbang. Ia menyuruh kita bergaul seluas mungkin, dan pergaulan itu pula ada garis panduannya” saya menjawab soalan pertama yang diajukan oleh moderator.
Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya menganjurkan Forum Dari Mata Turun ke Hati sempena kempen Biah Solehah di kampus PJ tersebut.
“Antara input, proses dan output, apakah status pergaulan?” saya melontarkan soalan kepada peserta.

Kerusi di Dewan al-Malik Faisal mula berisi. Seperti biasa, di sayap sisters kerusi tambahan sudah mula disusun, manakala kerusi brothers sudah separuh penuh. Lebih positif daripada menyebut masih separuhnya kosong.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah 9: 71]
Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan.
Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman.
IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi kita.
Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan Solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul.
BERBALAH TENTANG PROSES
Apa yang sering menjadi bahan ‘perbalahan’ sesama anak muda ialah tentang perincian pergaulan sebagai PROSES.
Akan tetapi, jika titik mulanya adalah soal Aqidah, soal Iman seorang hamba kepada Allah, dan matlamat daripada pergaulan itu adalah untuk menegakkan perintah serta meninggalkan larangan Allah, bisakah tatacara pergaulan menyimpang daripada niat dan matlamat?
“Syaitan menyesatkan anak Adam berdasarkan dia itu belajar di universiti mana!” saya sengaja menyebut demikian.
Bagi brothers and sisters di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sesuai dengan tema Islam itu sendiri, tindakan syaitan akan lebih licik. Maksiat akan lebih berpotensi dijamah andaikata ia dikosmetikkan dengan warna-warna Islam.
“Cinta fillaah!”
“Benda ini maslahah ‘ammah. Kepentingan orang ramai”
“Islam mesti dilihat progresif dan memimpin modernisasi”
“Ahh, yang di’sms’ itu bukan lirik lagu Anuar Zain. Ia hadith of the day. Bukankah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berpesan, ballighu ‘anni walau aayah!”
Berhati-hati. Syaitan itu jauh lebih sabar daripada dirimu. Ia tidak tergesa-gesa pada mengheret anak Adam tersimpang daripada jalan kebenaran. Tadarruj!
Justeru itu, ambillah secara serius usaha untuk mengenal tatasusila pergaulan seperti yang diajarkan oleh Syariat Islam. Berpersatuan, berbincang tentang pelajaran, berurus niaga, bekerjasama dalam apa sahaja bentuk aktiviti, semuanya diharuskan malah digalakkan oleh Islam. Jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu hidup berasingan dan menghindari kerjasama, ia bukan Islam. Ia pseudo-agama. Akan tetapi, jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu bergaul lagi bekerjasama, tanpa mengira apa motifnya, bagaimanakah tatacaranya, dan tanpa tujuan yang jelas, ia juga bukan Islam. Ia adalah seruan Ibahiyyah yang mahu meleraikan panduan Syariat daripada kehidupan.
“Sebab itu murabbi saya dahulu, ‘mewajibkan’ kami menghadam buku Tafsir Surah an-Nur oleh al-Maududi. Di samping belajar elok-elok Surah Akhlaq, Surah al-Hujuraat” saya menambah.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu adalah untuk saling mengambil manfaat daripada keunikan masing-masing. Buah fikiran, tumpuan, kemahiran dan kecenderungan antara lelaki dan perempuan itu, banyak perbezaannya. Kerjasama antara kedua-dua belah pihak, berperanan melengkapkan kerja. Namun pergaulan itu tidak boleh terlepas daripada tujuan asalnya iaitu IMAN, serta proses yang betul, dan tujuan akhirnya adalah untuk melaksanakan ibadah serta meraih keredhaan Allah.
Jika kerja, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyempurnakan kerja.
Jika belajar, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyampaikan maksud belajar.
Selebihnya?
Lagha. Purposeless. Ruang-ruang tanpa motif inilah tempat terbaik nafsu dan syaitan menyerang luar dan dalam untuk mengkucar kacirkan pergaulan silang jantina. Salah satu potensi pergaulan yang kucar kacir ini adalah ZINA.
Lazimnya, kebanyakan maksiat adalah kombinasi antara pain and pleasure antara mangsa dan pemangsa. Jika berlaku kecurian, mangsa berasa sakit, pemangsa pula beroleh keseronokan. Namun berbeza dengan ZINA. Ia adalah maksiat yang sedap. Sama ada pelaku atau yang diperlakukan, kedua-duanya mendapat keseronokan. Itulah hikmah mengapa Allah bukan sekadar mengharamkan ZINA, malah memerintahkan kita agar MENJAUHINYA.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]
Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.

TATACARA PERGAULAN DAN LARANGAN MUQADDIMAH ZINA
Jika soalan timbul pada meminta perincian terhadap tatacara pergaulan silang jantina di dalam Islam, temuilah ia di dalam perintah-perintah berikut:

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]
Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.
“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.
Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.

2. MEMELIHARA AURAT
Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.
Peliharalah aurat.
Wanita.
Lelaki.
Sama sahaja.
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]
Perintahnya bukan perintah menutup rambut.
Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.

3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH
Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.
“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu” [Al-Ahzaab 33: 33]
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]
Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.
Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.
Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).

4. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.
Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.
“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.
Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.
Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.

5. TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Dengar suara, mahu orangnya.
Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.
Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.
“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]

DEKAT DENGAN REALITI
“Melunakkan suara, jangan sampai jadi sarjan! Menundukkan pandangan, jangan sampai terlanggar dinding” saya menambah.
Kata kuncinya ialah, lebih dekat kehidupan kita sekarang dengan realiti di luar sana, maka kuranglah kebarangkalian untuk seseorang itu terkena kejutan budaya. Semasa duduk dalam realiti alternatif yang dibentuk di bangku pengajian, kita boleh memilih tahap komitmen masing-masing. Mahu mentakrifkan hijab [al-Ahzaab 33: 53] sebagai tabir yang memisahkan, atau mewujudkan jarak pemisah antara lelaki dan perempuan yang berdiskusi atau bermesyuarat, terpulang. Selagi ada batasan, selagi itu maksud di sebalik ayat berkenaan diambil.
Namun jika kita memilih untuk melaksanakan tabir, jadikan tabir itu sebagai alat pemudah, dan tempat kita bergantung pada mengawal ikhtilat. Realiti kehidupan akan mengheret kita kepada sebuah budaya seharian tanpa tabir, maka mudah-mudahannya jangan kita yang biasa bertabir itu terkena kejutan budaya.
Dalam menelusi bentuk-bentuk ekspresi semangat Islam, saya melihat kesederhanaan sebagai sesuatu yang lebih konsisten.

HUKUM CINTA SEBELUM KAHWIN
“Tetapi, saya mahu jawapan kepada soalan yang panelis kedua tadi selitkan iaitu apakah hukum bercinta sebelum kahwin?” tanya salah seorang peserta.
“Jika mahu bercinta sebelum kahwin, boleh. Bercintalah. Seperti kata mak ayah kita masa kecil dahulu, kan? Nak panjat pokok, panjatlah!” saya menjawab.
“Apa hukumnya” adalah template biasa yang diguna pakai di dalam masyarakat kita untuk meminta penjelasan. Biar pun dalam sesetengah keadaan, persoalannya bukan semata-mata hukum.
“Bercinta sebelum berkahwin ini, boleh. Dengan syarat, jangan tanpa apa pandangan Islam. Ia adalah CINTA YANG SUSAH. Saya menyebutnya begitu kerana saya sendiri tidak tahu pasangan kekasih yang mana daripada kalangan sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang ingin saya ambil sebagai contoh. Cinta di luar perkahwinan adalah seperti membela haiwan liar di luar kandang. Ia adalah cinta yang susah. Masakan tidak… ia adalah cinta yang tiada panduan al-Quran, tiada panduan al-Sunnah. Apa yang ada hanyalah kebijaksanaan akal masing-masing untuk memanipulasi mana-mana nas al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana lagu “For The Rest Of My Life” dendangan Maher Zain, yang asalnya ditujukan oleh seorang suami kepada seorang isteri, diselewengkan sebagai hadiah Valentine seorang buayafriend kepada gelifriend” saya menambah lagi.

“Dan bagi mahasiswa lelaki yang masih berdegil untuk tidak mahu memenuhi kerusi hadapan, tidak seperti mahasiswi, jangan satu hari nanti rumahtangga anda digugat oleh sebuah Jabatan Isteri Pertama oleh isteri yang lebih memimpin” saya mengusik peserta lelaki dek dewan yang semakin sesak di bahagian belakang.




p/s:
tertarik dengan penulisan ni. muhasabah diri. (T_T,)
artikel ni saya ambil dari saifulislam. bukan niat nak copycat. cuma utk ingatan diri. nak menaip sehebat ini mmg saya xmampu kan.

v(^.^)v