ina :- ummi, macam mana kita nak sampaikan "hajat" kita pada orang yang kita mula suka?
ummi :- gunakan orang tengah. itu yang selalu orang buat lah, tapi kalau ummi...sangat leceh guna orang tengah, nanti kejadiannya harapkan pagar, pagar makan padi.ceh mentipu betul pepatah ini.tak logik.macam mana pagar boleh makan padi?lawak.HAHA
ina : - ummi..T______T
ummi : - alaaaa gurau manja deh sayang, xoxoxox.haruslah mukadimah comel seperti itu.jangan marah.hokeh tarik nafas. *tahan* hembus laju-laju.pastuh buat muka serius*, ummi akan jawab dari sudut cara ummi selesaikan masalah ini hokeh dear?kira cadangan untuk ina, nak ambil.silakan.tak ambil, sekadar pertambahan TAHU.
tarik nafas.
ummi :- ummi bila dah mula terkesan dengan seseorang, ummi akan diam dan lari laju-laju.kenapa?sebab ummi sangat mahir menelek dimana titik kelemahan ummi sebagai wanita.jalan selesainya hanya ada dua, BERANI MELAMAR atau LARI SAJA.
ina :- binggung kot.keh keh.
HAHA.banyak dialog di tokok tambah demi kebaikan bersama.ahaks.
hokeh.kawan-kawan pernah alami situasi tersebut?op kos pernah lagi-lagi kaum WANITA yang suka simpan perasaan neh.cool bebeh.rileks.tengok macam aku neh hah, dah berapa ramai lelaki tumbang menangis tak mampu memiliki diriku yang cerdas lagi comel ini *muka berlagak gila sombong* haha.ini selingan jenaka lah.sila gelak.jangan ambil hal yang BESAR sangat.
sebelum ini pernah keluar status facebook berbunyi seperti ini.
"agak-agak kurang ajar tak kaum wanita pergi mengorat lelaki?" ini ayat-ayat budak remaja comel yang bila diolah kepada ayat dewasa akan menjadi seperti ini "apakah dibolehkan kaum wanita mengkhitbah/melamar/meminang kaum lelaki?" see?see?manfaat bila kita berbaik sangka?HAHA.
baik.
satu hal yang selalu di awasi wanita mengaku solehah adalah MENJAGA MARUAH. itu benar.aku pon tak berani sangkal.TAPI?kalau sampai hal-hal jodoh pon engkau gila nak menjaga kehormatan dan kemuliaan malu engkau sebagai wanita itu adalah TAK ADIL BAGI NAFKAH FITRAH engkau sendiri.sori, huruf besar itu menunjukkan antonasi ketegasan yang memang aku nak kau ambil perhatian.siapakah kau ini?yess kau ummi!!HAHA.yang lain jangan sentap pulak.kah kah.
kenapa aku berani berkata begini?
weiii aku bukan suruh kau telanjang bogel pon pergi cari jodoh.tak.maksudnya disini, bukan menjadi satu dosa khianat sekiranya wanita solehah itu tadi sendiri datang menyampaikan hajatnya kepada si lelaki soleh yang diandaikan baik untuk dirinya.mungkin yah setelah melalui proses istiharah dan penapisan peribadi.dan disini sudah tidak wajar untuk mempertahankan maruah malu itu tadi.heiiiii tak jatuhlah harga diri engkau pergi bawak dulang pinang lelaki SOLEH.
pernah dengar kisah-kisah wanita zaman anbiya yang begitu berani menawarkan jiwa depan nabi dan para sahabat?subahannnallah!!aku cepat bergetar bila mendramakan kisah-kisah KEYAKINAN muslimat zaman dulu.begitu bulat jantungnya.begitu tekad hatinya.menyerah sepenuh raga untuk agama.see?see?dan muslimat yang mengaku solehah zaman ini bagaimana?kenapa ramai keluh kesah pasal jodoh?
ingat.
Allah bertindak berdasarkan sangka baik dan usaha hamba-NYA.
bukannya hanya tunggu bulan jatuh ke riba saja.itu kerja orang pemalas.cara tawakal yang salah. (okeh ini disambung semula pada masa 7.38 pm selepas mula mentulis pada 11.38am, wah?HAHA)
mula-mula aku fikir tamau peduli apakah yang dinamakan pernikahan.
sebab aku puas menjadi kekasih Tuhan.
tapi lama aku fikirkan.
ganjaran demi ganjaran.
kalau khidmat bakti sama hamba itu bisa melajukan tangga menuju Tuhan.
kenapa perlu aku menolak fitrah kejadian?
bukan?
ewah.
hidup ini untuk BEKERJA DEMI TUHAN.
berkahwin itu juga pekerjaan.
membenihkan zuriat juga pekerjaan.
apalagi proses mendidik dan membesarkan.
seronok menjadi wanita-wanita yang dikendong Tuhan.
siapa kata wanita bersuami itu tidak layak mencapai taraf kekasih Tuhan?
malahan ia datang dengan pakej yang tiada tandingan.
aku percaya pernikahan adalah lubuk mengumpul saham pelaburan.
membeli Tuhan.
meniru kehidupan nabi junjungan.
lihat nabi.
kahwin ramai tapi pegun dipilih Tuhan.
menjadi kekasih yang amat dimuliakan.
aku bukan nabi, tapi aku pencinta kenabian.
*senyum*
itu monolog saja.kembali semula.
tak usah merendah diri depan manusia sebab engkau hodoh, agama tak cukup, baka jahil dengan menidakkan peluang untuk MELAMAR LELAKI SOLEH.aku tak ajar kau menjadi murah, tapi aku ajar kau jalan menuju bahagia.bagi aku, jangan guna orang tengah.itu tak cool.orang tengah akan mencambahkan sengketa lagi fitnah, jika engkau merasa suka pada sesiapa.khabarkan dengan niat lillahitaala.kalau dia soleh, dia akan menerima.dan itu pilihan Allah.tapi jika dia menolak, maka diamlah dan senyum.bukan kerna engkau merasa tercalar, tapi kemenangan.kerna penolakkan itu tanda tidak hebatnya lelaki itu buat engkau.
Allah tidak pernah menolak sesiapa yang datang pada-NYA.
bukan?
*senyum lagi*
kita berani kerna kedudukan yang sepatutnya.
berani berusaha lebih baik daripada berani menjalang.
yah kan?
solusi masalah ini hanya ada dua.
BERANI MELAMAR atau KAU LARI KENCANG.
aku dapat aduan, "ummi, begitu sukar menjaga hati, mengawal diri, menguasai nafsi"
aku faham, mari kita tanya.KENAPA?
sebab kau terlalu MENJAGA.
umpamanya, orang yang menakung bola pada sudu leper.
engkau terjengket-jengket menahan mulut untuk memastikan bola itu tidak tumpah.
padahal, jika ia tumpah sekalipon.engkau masih bisa mengutipnya semula.
yah kan?
kita rileks.iblis suka "meniup" perasaan tertekan.
sebab bila tertekan, ia mudah menyusup sanubari engkau.
kalau suka, katakan "saya suka kamu, saya bersedia menjadi taruhan hidup kamu ikhlas kerana Allah.saya pilih kamu kerna yakin kamu ada kemampuan membimbing".
kalau tak kuat,lari laju.sampai ke tempat yang benar untuk dituju.
siapa?jalan Tuhan..inilah dia.
mustahil tidak tenang bila berada dalam "pelukan" Tuhan?*kenyit mata*
yes cara ummi begini.
hati kuat, akan cakap SUKA KAMU.
hati lemah, akan lari laju-laju.
seronok mempermainkan "dadu syaitan".
dia golek engkau, dan engkau goleklah dia semula.HAHA.
percayalah, tiada dosa bagi wanita yang mendahului sapa "saya single, ambillah jadi isteri"
asalkan mengikut landasan syarak.terpulang padamu.mahu orang tengah atau gagah membawa diri.
sebab kenapa yah?
sebab perasaan ini, hasrat ini makin disimpan makin membengkakkan jiwa.
kita tersepit dua dilema.
pertama, kita tak tahu peluang kita CERAH atau GELAP.
dengan tidak berani bertanya.
kedua, bila jawapan pasti..aku berani potong jari.
engkau akan perolehi ketenangan.
tapi ingat, aksi ini sangat berisiko..kecuali engkau YAKIN.
sekian.
*senyum lagi*
bye lah wei.malas dah aku.