Thursday, February 24, 2011










" Uncomfort Zone ! "






















~ya ALLAH. meera cuma ada KAU. guide me :'(

Saturday, February 19, 2011

dari USTAZ ke ANA

USTAZ
  • perlu ke samak kereta yg terlanggar khinzir. samak camna?
      • xperlu. sebab kereta tu bukan diri kita. n bukan diguna bawa solat. tp if still waswas, better samak pd tempat yg terkena itu. 6baldi airmutlak + 1 air tanah.
  • couple dgn nonmuslim, x boley kawen selagi si dia x masuk islam. dan utk mengislam kan dia, perlu dibimbing oleh org yg beilmu agama. pastikan dia bukan masuk islam disebabkan cinta sematamata. beri dia masa mendalami agama islam selama beberapa tahun. hingga dia benar2 jatuhcinta pada islam, bukan atas dasar perkahwinan.
  • ashabul kahfi:
      • pada zaman ashabulkahfi, raja nya sangat mewah3 sangat3. hingga digambarkan setiap pagi burung3 di istana akan dicelupkan ke mangkuk yg berisi minyakwangi, kemudian burung3 itu akan berterbangan sambil memercikkan minyak wangi tersebut ke seluruh pelosok istana. kemewahan raja ini hingga ke tahap raja ini mengaku tuhan, dan menyuruh para pembesar dan rakyat menyembahnya. ada 6 org pemuda (anak para pembesar) enggan menyembah raja tersebut. lalu mereka diburu. lalu mereka menyorok di gua, dan tertidur. pemuda2 ni bukan lah kenal antara satu sama lain pun. mereka saling mengenali bila jumpa di gua tersebut. dengan izin ALLAH, mereka ditidurkan selama 300 tahun lebih (x ingat the total num). apabila bangun, mereka sangka mereka hanya tertidur 2, 3 hari shaja. lalu mereka keluar dari gua untuk membeli makanan. mereka dapat tahu yg mereka adalah generasi 300tahun dahulu, apabila org melihat duit yg mereka guna kan sebab dah xlaku duit tu. dan bila dikaji sejarah pd waktu itu, memang ada peristiwa beberapa org hilang. wallahualam 
  • saf makmum wanita boleh sebaris dengan kanak2 perempua, manakala makmum kanak2 lelaki perlu dibelakang saf lelaki dewasa; sebab belum berkhatan.
  • penambahan/pengurangan rakaat secara xsengaja, dalam solat, perlu buat sujud sahwi.
  • manusia melalui 6 alam; alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur, alam barzakh, alam akhirat (syurga/neraka)


ANA:

  • kisah zainab, isteri nabi s.a.w :
    • seorang janda yg dilamar nabi s.a.w selepas kematian suaminya yg mati syahid. seorang yg sangan pemurah, dermawan, berjiwa patriotik, penuh kasihsayang. kebaikan akhlaknya terkenal sejak zaman dia jahiliyah. akhlaknya bertambah indah apabila diberi hidayah iman dan islam.
  • tentang TAQWA. 
    • sudah cukup bertaqwa kah kita? sudah layak digelar muttaqin kah kita? sudah cukup kah kita pelihara hukum3 ALLAH? ; dosa, pahala, halal, haram. muhasabah diri..
    • seorang almuttaqin itu kuat rohaniah dan lahiriahnya. menjaga hubungan baik sesama manusia, menjaga hubungan baik dengan ALLAH, cemerlang dengan ilmu ilmu duniawi dan ukhrawi.
    • taqwa itu ibarat melalui jalan yg penuh berduri. perlu sentiasa berhatihati. camtu la juge dengan hidup kita sebagai islam.
    • peliharalah ALLAH. nescaya ALLAH akan berada di hadapanmu. (sebahagian kata2 dari tokoh islam. my weakness. saya terlupa dari siap n kata2 seterusnya)
    • in a way of TAQWA;
      • tuntut ilmu (dunia&agama) -->beramal dgn ilmu --> mujahadah, istiqamah dgn amal. -->berdoa, tawakkal --> taubat, buat kebaikan --> x berlebihan dgn yg halal.
      • istiqamah; biar sedikit, tetap berterusan. 
      • keterlaluan dengan yg halal akan mengundang kelalaian.
      • yakin dengan janji ALLAH.








p/s: ni some input yg dapat malam ni. alhamdulillah. noted here to be remembered, ya meera. nak tido. take care. tata !

Thursday, February 17, 2011

wasiat Saidina Ali r.a

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. 
Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. 
Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. 
aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”
Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. 

Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. 
Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. 
Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. 
Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. 
Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. 
Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. 
Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. 
Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. 
Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. 
Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. 
Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. 

Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: 

“Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”
Jagalah solat. Jagalah solat. 
Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. 
Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. 
Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. 
Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. J
ika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.
Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. 
Jauhi dari khianat dan berpecah belah. 
Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. 
Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. 
Bertakwalah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. 
Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. 
Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.


Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:
“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)



p/s: meera, anggap lah ini surat wasiat untuk kau. NOTED (:

by prof. muhayya (:

bila jumpa org;
"lihat kebaikan n kelebihan org. hargai n hormati org. JANGAN kritik org"


"percakapan melambangkan pemikiran dan emosi seseorang. percakapan dapat melambangkan siapa seseorang itu di masa hadapan"


"jaga hubungan dengan manusia. jaga hubungan dengan ALLAH"


"manusia lebih laparkan penghargaan daripada makanan"


"jika kelebihan kita seluas lautan, lebarkan sayap kita menunduk ke bumi."


"gunakan kelebihan kita untuk manfaat org lain"


"yakin dengan ALLAH"


"syukur"


pilihan: "sabar atau nafsu. syurga atau neraka. taat atau maksiat. redha ALLAH atau murkaNYA." 


dia. 
mencintai kita sebelum kita ada melihat dunia. 
dia. 
mencintai dgn x melihat. 
mencintai tanpa mengenali. 
mencintai hingga saat mati. 
dia
RASULULLAH s.a.w






p/s: ni some input yg dapat listed down from prof muhayya's talk. do remember meera. (:




gudluck tomorrow!

Wednesday, February 16, 2011

ya RABB...


dia yg meera kenal, anak yg baik. sahabat yg baik. pelajar yg baik. hamba yg baik.




ya RABB,










meera sangat rindu dia 











-pray-









(>_<,)

Monday, February 14, 2011

penat. best. geram. kabot.

minggu yg sangat cacamarba. till now ada yg xsettle lagi :[
  • isnin; abes cuti cNy.
      • mak abah datang kl. esok abah ada appointment putrajaya. after clas aloi, balik umah kakyan. 
  • selasa; 
      • ikut hantar abah g hospital. ;bukan sajasaja ikut taw. klu kakyan yg handle sorang memang kesian. ramai org, queue panjang. cariparking lagi. sebab tu kena ikot.
      • then g bank.
      • maghrib, balik kolej. g surau sampai dekat kul 10 gak.
      • 12am; start buat lab adv! started from zero- tak tido till 8am 
  • rabu;
      • 8am; aloi. terus lab advance till 12.30pm.
      • petang arab .5.00-6.30pm. alhamdulillah. dah makin adapted. buat takmalu je tegur3 orang. -.-"
      • lepas arab, balik umah kakyan.
      • mak abah n kakyan ajak g umah kaklong. - tido seremban
  • khamis;
      • 12pm; rushed from seremban to upm, singgah usim jemput abgjid.
      • lab aloi xsentuh apa apa. alhamdulillah dah byk buat masa cuti.; xsempat dan xde mood utk last touched-up
      • kuncibilek tertinggal.
  • jumaat;
      • out with dakurasaishumie❤. beli barang for esoknya! 
      • cat banner 9pm. dakurasaishumie❤  g downtown. xdapat join. :[
      • rupanya catbanner cancel. petang tu keta fara pecah kat klcc. g melawat fara n wawa till 12am.
      • op nak rehearsal for her dinner. tunggu dia siap kerja n rehearsal till 4am.
  • sabtu;
      • ~11am; breakfast with fara ana n opie + cari barangsurau. till ~1.30pm 
      • op xsehat. rest. 3pm; out with op, cari tudungdinner +myhadiah.
      • ~6.30pm; masak3 for party. op xjadi g dinner~
      • lepas maghrib; settle kan publisiti suaru. minta tolong najwa. phew~
      • ❤❤❤dakurasaishumie❤❤❤ sweetmemory!❤❤❤ (': till ~1.30am .
  • ahad 
      • lepassubuh; hantar op&kawan3, anis&wawa.
      • 11am; balik umah kakyan amik kuncibilek.
      • study. TERtido till 5pm. then rushed to umah kak ai.; diorg amik ilman kat airport. alhamdulillah ilman selamat sampai malaysia.
      • do some makanmakan n doaselamat utk ilman.
      • 9pm; balek dari umah kak ai. 
      • ~10 lebey sampai bilek. mandi + study 10minit. ngantok!
      • niat tido jap till 3am. ~ 
  • isnin;
      • 6.30am; baru terjaga! tak study!!! pagipagi sudah nanges. wuu my bad-
      • 8am; test 1 aloi. jawab dengan tawakkal amat3sangat sambil hati menanges. :'S
      • after test; on9!

there i was. saja nak flashback membayangkan my days along this hectic week. sangat fenat. petang ni kena balik lagi umah kakyan. tapi malam ni ada tayangan maulud kat dsp. semalam xdapat g ceramah kat masjid :(






p/s: ❤❤❤dakurasaishumie❤❤❤ speechless! sayang korang (':

Saturday, February 12, 2011

Engkau Memang Cantik (':

Engkau Memang Cantik selagi kau tidak melulu,
Engkau Memang Cantik selagi kau menutup malu,
Engkau Memang Cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau Memang Cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau Memang Cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau Memang Cantik selagi kau waras berhias,
Engkau Memang Cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau Memang Cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau Memang Cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau Memang Cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau Memang Cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau Memang Cantik selagi kau suami tak jemu,
Engkau Memang Cantik selagi kau membaca AlQuran,
Engkau Memang Cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau Memang Cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau Memang Cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau Memang Cantik selagi kau pandai menjahit memasak,
Engkau Memang Cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat,
Engkau Memang Cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau Memang Cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau Memang Cantik selagi kau berkebajikan,
Engkau Memang Cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau Memang Cantik selagi kau seindah Islam,
Engkau Memang Cantik selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup, jalan yang memandu arah tujuan.
Engkau Memang Cantik selagi kautampak cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman.

....................................










p/s: semua orang dilahirkan cantik. cacatcelanya kita, itu manusia biasa.
perbetulkan apa yg kurang, apa yg salah, apa yg sedar.
kau takpernah sempurna meera. 
v(^,^)v

meera. jaga diri. jaga hati. tata!

Friday, February 11, 2011

Anda Semakin Matang Bila

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  



Ha! cukup matang x meera? xcukup lagi. remember3 ya (: 


Tata. >,<

Wednesday, February 9, 2011

ops! what time now?

hahha.

sekarang 3.41 am. meera xngantuk lagi. maseh segar bersemangat wat report adv. yeah3 -.-

hm ni la akibat arrange masa berteraborrrrr. padanmuka meera yeay3.

huh. bukan sengaja tangguh kerja taw. sebab ada hal3 yg xdapat di elakkan. tapi td lepas isya' igt nak terus buat report. but then dah terbuka lapy, cam sian3 je klu x on9 kan. bila da on9, mmg segala kerja laen dah jd 2nd priority masa tu. huhu that my weakness i admit. lagi pun td ada kawan tgh ada mslh. so die mngadu kat chat. xkan saya xlayan kan. sambilmenyelamminumayer lah. XD


ok now nak sambung report. tinggal discussion n theory. huh gaya cakap cam tinggal sikit kan. tu part yg bejela tu. hadoii


p/s: xpe meera kan da puas tido dulu3. esok lps lab tdo puas3333333 ye.sape lagi nak pujuk saya klu bukan dirisaya sendri kan (:

tata!

no no.

ANA. dan ceritanya (:

tadi sempat borak ngan ana. ana. seorang adik yang baek. baek sangat. lihat dia sangat sempurna. tenang je bila cakap ngan dia. lagi tenang bila berborak ngan dia. sebab. borak ngan dia bukan borak kosong. mesti ada je mesej3 nye. mmg berhikma. bila lah meera nak jadi cam dia kan. T.T
dalam borak3 kami, ada perkara yg saya kna listdown dibawah. ^.^


  • kaum arab jazirah terbahagi kepada 2. arab ba'idah n arab baqiyah. dan ada lagi yg terbahagi tu. ala lupa lah. hadoii. nnt check balik ye meera. @.@
  • menurut cerita ana (die baca dari buku apa ntah), nabi isa adalah bapa kedua manusia. bapa mertama kita nabi adam kan. nabi isa yg kedua. sebab. sebab masa zaman nabi isa  ni yg buat kapal, n masa tu 1 dunia dah ditenggelamkan n hancur. so yg terselamat masa tu cuma org2 dlm kapal nabi isa je. n org2  tu mesti la yg beriman kan ^^. n org3 dlm kapal tu separated ke merata dunia, membiak3 lahirlah kita. gudnews cni, kiranya asal3 nenekmoyangkita asal dr org beriman dlm kapal tu la kan. how lucky we are ^^. sidenews nye, see. betapa org3 beriman leh berubah2 hati n melahirkan generasi yg pelbagai imannya, seperti kita sekarang. noted. iman itu xboley diwarisi. T_T
  • nabi sulaiman dengan kisah balqis. nabi sulaiman ada kelebihan untuk bercakap ngn sume makhluk kat dunia ni. manusia jin haiwan pokok3. sume lah
  • nabi yusuf, anak kpd nabi yaakub, ada abg2 yg jelous ngn die, n bila dah besar sgt hensem! plus kisah bersama zulaikha.
  • nabi musa. kisah di mesir dengan firaun.
  • nabi luth, kaumnya homoseks.


tu antara sirah nabi3 yg sempat kami flashed back selama sapai sejam, literally. ada lagi yg nk di noted kan. nanti refresh3 lagi ngan opie. opie lagi pandai sirah dari saya. saya jahil sgt :'[ 
will be added later ya. tata meera ! 




p/s: rasa ridu nak dengar suara dia jd imamm.

love, myself, much - (:

Tuesday, February 8, 2011

will do. gonna do

  • isnin depan test logamaloii. takeNOTE ya!
  • awal mac nnt plan nk g kedah ramairamai. g umah syu. harap3 menjadi yeay. :D
  • party ngan mereka xtaw ari apa. 
  • MMG daftar last dis week. emm dah xkisah. klu diorg pergi, i follow (:
  • A berkata, "lelaki ni selalu nak PLAYSAVE. hati suka kat lain, tapi layan yg lain. sebab klu org yg die suka xlayan, die ada yg lain." takenote lagi. A tu seorg lelaki juge. man knows man better rite.
  • mak abah datang umah kakyan. esok pagi abah ada appointent hospital.




  • fara datang. bawa kerja yang perlu ditampal. kerja yg patut dgerak oleh unit publisiti. -.-" saya terfikir lagi. macamana ni macamana ni. saya rasa cam dah xtermampu nak galas jawatan ni. sekarang pun saya tkontangkanting lagi. jadual memang nampak free. tapi. ngan fyp xsiapsiap. labadvance.kerja sndwic. pastu asek perhibalek je. ada je urusan xhentihenti. kerja publisiti memang dah dirangka. tapi nak gerakkannya, xtergerak -.-" saya rasa perlu utk serahkan kat wani je. cuma. wuu sayang gak la. sayang ngn jawatan ni. berangan nak publish byk3 pasal surau~ memang saya bukan ketua yg baek kan. T.T
  • mak asek ulang3 cakap pasal susu HR. wuu ye la mak. nanti mira buat. sabarye. haih.

till then. xsehat. tata

Monday, February 7, 2011

copy to be read

“Mengasingkan diri, atau bercampur gaul tanpa batasan, kedua-duanya adalah ekstrim. Islam adalah cara hidup yang seimbang. Ia menyuruh kita bergaul seluas mungkin, dan pergaulan itu pula ada garis panduannya” saya menjawab soalan pertama yang diajukan oleh moderator.
Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya menganjurkan Forum Dari Mata Turun ke Hati sempena kempen Biah Solehah di kampus PJ tersebut.
“Antara input, proses dan output, apakah status pergaulan?” saya melontarkan soalan kepada peserta.

Kerusi di Dewan al-Malik Faisal mula berisi. Seperti biasa, di sayap sisters kerusi tambahan sudah mula disusun, manakala kerusi brothers sudah separuh penuh. Lebih positif daripada menyebut masih separuhnya kosong.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah 9: 71]
Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan.
Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman.
IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi kita.
Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan Solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul.
BERBALAH TENTANG PROSES
Apa yang sering menjadi bahan ‘perbalahan’ sesama anak muda ialah tentang perincian pergaulan sebagai PROSES.
Akan tetapi, jika titik mulanya adalah soal Aqidah, soal Iman seorang hamba kepada Allah, dan matlamat daripada pergaulan itu adalah untuk menegakkan perintah serta meninggalkan larangan Allah, bisakah tatacara pergaulan menyimpang daripada niat dan matlamat?
“Syaitan menyesatkan anak Adam berdasarkan dia itu belajar di universiti mana!” saya sengaja menyebut demikian.
Bagi brothers and sisters di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sesuai dengan tema Islam itu sendiri, tindakan syaitan akan lebih licik. Maksiat akan lebih berpotensi dijamah andaikata ia dikosmetikkan dengan warna-warna Islam.
“Cinta fillaah!”
“Benda ini maslahah ‘ammah. Kepentingan orang ramai”
“Islam mesti dilihat progresif dan memimpin modernisasi”
“Ahh, yang di’sms’ itu bukan lirik lagu Anuar Zain. Ia hadith of the day. Bukankah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berpesan, ballighu ‘anni walau aayah!”
Berhati-hati. Syaitan itu jauh lebih sabar daripada dirimu. Ia tidak tergesa-gesa pada mengheret anak Adam tersimpang daripada jalan kebenaran. Tadarruj!
Justeru itu, ambillah secara serius usaha untuk mengenal tatasusila pergaulan seperti yang diajarkan oleh Syariat Islam. Berpersatuan, berbincang tentang pelajaran, berurus niaga, bekerjasama dalam apa sahaja bentuk aktiviti, semuanya diharuskan malah digalakkan oleh Islam. Jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu hidup berasingan dan menghindari kerjasama, ia bukan Islam. Ia pseudo-agama. Akan tetapi, jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu bergaul lagi bekerjasama, tanpa mengira apa motifnya, bagaimanakah tatacaranya, dan tanpa tujuan yang jelas, ia juga bukan Islam. Ia adalah seruan Ibahiyyah yang mahu meleraikan panduan Syariat daripada kehidupan.
“Sebab itu murabbi saya dahulu, ‘mewajibkan’ kami menghadam buku Tafsir Surah an-Nur oleh al-Maududi. Di samping belajar elok-elok Surah Akhlaq, Surah al-Hujuraat” saya menambah.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu adalah untuk saling mengambil manfaat daripada keunikan masing-masing. Buah fikiran, tumpuan, kemahiran dan kecenderungan antara lelaki dan perempuan itu, banyak perbezaannya. Kerjasama antara kedua-dua belah pihak, berperanan melengkapkan kerja. Namun pergaulan itu tidak boleh terlepas daripada tujuan asalnya iaitu IMAN, serta proses yang betul, dan tujuan akhirnya adalah untuk melaksanakan ibadah serta meraih keredhaan Allah.
Jika kerja, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyempurnakan kerja.
Jika belajar, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyampaikan maksud belajar.
Selebihnya?
Lagha. Purposeless. Ruang-ruang tanpa motif inilah tempat terbaik nafsu dan syaitan menyerang luar dan dalam untuk mengkucar kacirkan pergaulan silang jantina. Salah satu potensi pergaulan yang kucar kacir ini adalah ZINA.
Lazimnya, kebanyakan maksiat adalah kombinasi antara pain and pleasure antara mangsa dan pemangsa. Jika berlaku kecurian, mangsa berasa sakit, pemangsa pula beroleh keseronokan. Namun berbeza dengan ZINA. Ia adalah maksiat yang sedap. Sama ada pelaku atau yang diperlakukan, kedua-duanya mendapat keseronokan. Itulah hikmah mengapa Allah bukan sekadar mengharamkan ZINA, malah memerintahkan kita agar MENJAUHINYA.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]
Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.

TATACARA PERGAULAN DAN LARANGAN MUQADDIMAH ZINA
Jika soalan timbul pada meminta perincian terhadap tatacara pergaulan silang jantina di dalam Islam, temuilah ia di dalam perintah-perintah berikut:

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]
Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.
“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.
Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.

2. MEMELIHARA AURAT
Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.
Peliharalah aurat.
Wanita.
Lelaki.
Sama sahaja.
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]
Perintahnya bukan perintah menutup rambut.
Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.

3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH
Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.
“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu” [Al-Ahzaab 33: 33]
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]
Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.
Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.
Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).

4. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.
Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.
“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.
Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.
Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.

5. TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Dengar suara, mahu orangnya.
Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.
Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.
“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]

DEKAT DENGAN REALITI
“Melunakkan suara, jangan sampai jadi sarjan! Menundukkan pandangan, jangan sampai terlanggar dinding” saya menambah.
Kata kuncinya ialah, lebih dekat kehidupan kita sekarang dengan realiti di luar sana, maka kuranglah kebarangkalian untuk seseorang itu terkena kejutan budaya. Semasa duduk dalam realiti alternatif yang dibentuk di bangku pengajian, kita boleh memilih tahap komitmen masing-masing. Mahu mentakrifkan hijab [al-Ahzaab 33: 53] sebagai tabir yang memisahkan, atau mewujudkan jarak pemisah antara lelaki dan perempuan yang berdiskusi atau bermesyuarat, terpulang. Selagi ada batasan, selagi itu maksud di sebalik ayat berkenaan diambil.
Namun jika kita memilih untuk melaksanakan tabir, jadikan tabir itu sebagai alat pemudah, dan tempat kita bergantung pada mengawal ikhtilat. Realiti kehidupan akan mengheret kita kepada sebuah budaya seharian tanpa tabir, maka mudah-mudahannya jangan kita yang biasa bertabir itu terkena kejutan budaya.
Dalam menelusi bentuk-bentuk ekspresi semangat Islam, saya melihat kesederhanaan sebagai sesuatu yang lebih konsisten.

HUKUM CINTA SEBELUM KAHWIN
“Tetapi, saya mahu jawapan kepada soalan yang panelis kedua tadi selitkan iaitu apakah hukum bercinta sebelum kahwin?” tanya salah seorang peserta.
“Jika mahu bercinta sebelum kahwin, boleh. Bercintalah. Seperti kata mak ayah kita masa kecil dahulu, kan? Nak panjat pokok, panjatlah!” saya menjawab.
“Apa hukumnya” adalah template biasa yang diguna pakai di dalam masyarakat kita untuk meminta penjelasan. Biar pun dalam sesetengah keadaan, persoalannya bukan semata-mata hukum.
“Bercinta sebelum berkahwin ini, boleh. Dengan syarat, jangan tanpa apa pandangan Islam. Ia adalah CINTA YANG SUSAH. Saya menyebutnya begitu kerana saya sendiri tidak tahu pasangan kekasih yang mana daripada kalangan sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang ingin saya ambil sebagai contoh. Cinta di luar perkahwinan adalah seperti membela haiwan liar di luar kandang. Ia adalah cinta yang susah. Masakan tidak… ia adalah cinta yang tiada panduan al-Quran, tiada panduan al-Sunnah. Apa yang ada hanyalah kebijaksanaan akal masing-masing untuk memanipulasi mana-mana nas al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana lagu “For The Rest Of My Life” dendangan Maher Zain, yang asalnya ditujukan oleh seorang suami kepada seorang isteri, diselewengkan sebagai hadiah Valentine seorang buayafriend kepada gelifriend” saya menambah lagi.

“Dan bagi mahasiswa lelaki yang masih berdegil untuk tidak mahu memenuhi kerusi hadapan, tidak seperti mahasiswi, jangan satu hari nanti rumahtangga anda digugat oleh sebuah Jabatan Isteri Pertama oleh isteri yang lebih memimpin” saya mengusik peserta lelaki dek dewan yang semakin sesak di bahagian belakang.




p/s:
tertarik dengan penulisan ni. muhasabah diri. (T_T,)
artikel ni saya ambil dari saifulislam. bukan niat nak copycat. cuma utk ingatan diri. nak menaip sehebat ini mmg saya xmampu kan.

v(^.^)v

Sunday, February 6, 2011

.....................................................................................................................................................


kawankawan. pernah rasa RINDU x?
rasa rindu pada orang yg xde harapan je nak rindu kat kita.

pernah x?





s a y a r i n d u






what shud i do?


pray :']



m(T_T,)m

Saturday, February 5, 2011

cuti dah abess

cuti dah abess


memang x besst

hmmm. life must go on.
teruskan berjalan ye masa. teruskan.
sebab klu saya minta kau berenti pun kau xkan berenti kan.



teruskan ye masa. teruskan berjalan.
biar saya lalui segalanya dengan tenang.
biar xterlalu gumbira. biar xterlalu sedeh berduka.


Tata my past time. Welcome my tomorrow ^^"












psst. wonder who am i, for my next 5years. 
uhh3 (macam kompem je panjang umur. entah2 hayat meera xsampai ke situ pun kan) 

no mood untuk menaip panjang-

v(^o^)v

Tuesday, February 1, 2011

abgjid LAGI

haha. ntah pape tajuk saya ni kan. betul. yang ni saya nak noted down pasal abgjid saya lagi. oh abgjid. bertuahnye dapat masuk dalam rememberance mira ni taw. :D


em hari ni mira dah berjaya mencalarkan pintu kereta abgjid taw -.-!!

wuwuwuw. chuak taw. sedeh. guilty. maaff sangat3 abgjid. maaf. mira xsengaja. terbukti mira masih fail bab memarking (park) kereta. maaf. natijahnya. pintu belakang driver tertanggal cat nya. alhamdulillah xkemik. alhamdulillah juge abgjid xmarah.
abgjid cakap "xpe. benda dah jadi nak wat camana. lain kali kena alert. mata tu jangan tengok satu arah je. ni pengajaran"


ALHAMDULILLAH.


sayang ameerah. xperlulah kau bercerita segala yg kau pernah rasa pada dunia. xperlu dibanding dengan nasib sesiapa. kau itu engkau. meera tetap meera. ALLAH xkan sama kan nasib meera dengan orang lain. dan orang lain pun xdapat merasa nasib serupa meera. sebab. ALLAH has His unique ways to show His loves to us. SUBHANALLAH.

apa yang pasti. segala yg saya rasai hari ini, masih baru. masih xterbiasa sebenarnya.

alhamdulillah. lebih bahagia bila segala yg ada ini lebih dirasa oleh mak dan abah. bahagia!  bahagia melihat mereka sihat bahagia. tertawamesra. senyumceria.




alhamdulillah. sekarang mak dan abah lebih banyak habiskan masa jaga kesiahatan dan ibadah. alhamdulillah. dah puas tulang empatkerat mereka dihempaspulas hampir 40tahun. sekarang biar mereka rehat. top up amal ibadah yang terkurang. stabilkan kesihatan yg mudah susut.

abah cakap "sekarang ni abah nak jaga kesiahatan je. nak berubat sana sini. sebab kan nanti afiq nak hajikan mak abah. macamana nak pergi haji klu badan xsehat. ye x?" terharu! menangis dalam hati~ begitu abah mengharap. :'[

"ya RAHMAN. tunaikan lah impian mak abah untuk jejakkan kaki ke tanah suci MU".   :']

eh. tajuk pasal abgjid. camana boley sampai ke tanahsuci lak ni? haha melalut.


jaga diri meera. jaga hati. (:
tata!

abgjid oh abgjid

hari ni saya nak cerita kisah siang semalam dan hari ini. semalam nak menaip dah tertido. so i want note it today. =)

semalam sedang saya lunch/breakfast bersama abgjid, abgjid mulakan bicara dengan topik "kawan". die cakap, "adik. nanti klu adik dah ada 'kawan' nanti......bla bla bla bla" saya? klu dulu topik ni ditanya, pasti hati ni berbunga-bunga. sekarang? senyap tanpa sahutan. terdiam xtahu apa perlu dijawab.


"adik, nanti dah ada 'kawan', jangan kasi 100%. uji dia dulu. org sebelum kawen laen bila lepas kawen."
"adik. nant dah jumpa 'kawan', bawa jumpa abgjid dulu. biar kitorg interview die cukupcukup."
"adik, nanti nak cari 'kawan', cari yg betulbetul. yang ada asas agama. yg xtinggal solat. sebab dia lah yg akan bimbing adik nanti."
"adik, nanti cari 'kawan' yg betulbetul. sebab adik yang bongsu. semua tertumpu kat adik."
"adik. nanti dah ada suami, kena hormat suami. jaga maruah dia. percaya dia. utamakan dia."
"adik.. adik.. adik..."


tu sebahagian pesanan yg saya ingat.
fuhh. bukan sekali topik ni dibincangkan. bukan ini pertama kali diperkatakan. semakin lama semakin kerap. mungkin sebab umur saya yg dah sesuai utk berpunya. mungkin. mungkin juga sebab saudara2 seumur masingmasing dah punya teman istimewa. kecuali saya. haha cam sedih je kannn :]


abgjid. maaf. klu dulu bila abgjid buka topik ni, pasti mira dah tersenyum lebar. mengangguk dan menokoktambah sambil hati sudah bertaman indah. tapi sekarang. hati mira x macam dulu lagi. sudah kelam. bungabunga entah ke mana.hati yg dulu berwarnawarni sudah tinggal satu tona kelabu sahaja (bila tiba bab ini je taw! bab laen i'm still ok :D )
abgjid, mira dah tawar hati sebenarnya. dah xtahu perlu percaya pada siapa. xtahu harus meletak harapan yg bagaimana. yg baekmulia? yg kuat agama? yg pemurah? yg bijakpandai? yg kayaraya? yg kacakbergaya?
X TAHU! terus, bagaimana?
entahlah. asal seseorang itu dapat terima mira dan keluarga, seadanya mira. itu lebih penting. sebab mira dah xmampu nak puaskan hati semua org. mira dah xseberani dulu utk sayang org. huhu lemahnye mira yg sekarang ni.

mak cakap, "abgjak baik. abg asri lagi baik. abgjid laagi baik. mira nanti kena cari yg laaaaaaaaaaaaagi baik"
itu buat saya terkedu. T_T
layak ke saya utk dapatkan yg lebih baik dari mereka?  T_T
"mira nanti nak kenalkan kat abah masa konvo nanti" abah pula bersuara. hati mahu menangis.
abah. itu dulu. dulu mungkin. mira berani untuk berjanji begitu. sekarang? siap yg mahu mira kenalkan?
.............................

itu lah kisah saya siang semalam.
hmm kan best klu citacita saya dulu boleh jadi kenyataan.

"ciktimah ciktimah. mira ngn mirul dah janji. kitorg janji nak jadi budakbudak sampai bilabila. kitorg xnak jadi org besar sampai bilabila ~" kata saya, lebihkurang 15tahun yg lepas..


indahnya zaman kanakkanak kan >.<
sampai sini dulu untuk kisah ni.
sesimpulannya meera, ingat. senarai2 pesanan utk cari 'kawan' nanti :p

tata!